welcome....

welcome to higera blog

Cerita Suka & Peng

Tambah Senang, Kurang Tenang

     Seorang budak ditemui sedang menangis oleh seorang lelaki tua. lelaki tua itu bertaya, "Mengapa
anak menangis?"
     Anak itu menjawab, "duit saya hilang."
     "Berapa jumlah duit anak yang hilang?" Orang tua itu bertanya lagi.
     "Lima puluh sen," Anak itu menjawab sambil teresak-esak.
    Kesihan melihat budak itu menangis, orang tua itu menyeluk poketnya dan memberikan lima puluh
sen kepada anak itu. "Nah, ini ganti duit anak yang hilang. Dah, jangan menagis lagi."
     Dia pun terus berlalu dari situ. Namun belum jauh berjalan, orang tua itu mendengar budak itu
menangis dengan lebih kuat.
     "Ape pulak kali ini? Bukankah duit anak telah pak cik ganti?"
     "kerana itu saya menangis, sekiranya duit saya x di tidak hilang, tentu saya sekarang ada seringgit. tapi sekarang ada lima puluh sen aje," jawabnya dan terus menangis.

moral disebalik cerita ni ialah ramai manusia yang tidak
syukur dengan yang ada dan tidak sabar dengan ape
yang tiada. jika miskin, ramai yang merintih inginkan
kekayaan. tetapi bila kaya, hati terus gelisah kerana
hendakkan lebih kekayaan. kekadang tambah senang,
menjadikan kita kurang tenang..






Bukan Senang Nak Senang

     Seorang Pemuda ditemui sedang berlega-legar ditepi sebuah tiang lampu
di tepi sebatang jalan. Habis dikais-kaisnya rumput dan kertas di bawah
naungan lampu itu. Walaupun hari sudah larut senja, tapi pemuda itu tetap tercari
cari akan sesuatu di bawah sinaran lampu itu.
     Sikap pemuda itu menarik perhatian seorang Mak Cik yang kebetulan sedang
bersia-sia untuk menutup kedainya. Lalu mak cik itu datang dan bertanya, "Kenapa
sejak takdi mak cik tengok anak berlegar-legar di kawasan lampu ini?"
     "Cincin saya mak cik, cincin saya hilang."
     Mak cik x di kesihan dan terut sama membantu mencari cincin itu. Namun,
cincin berkenaan tidak juga ditemui. Lalu mak cik itu bertanya, "Betulkah cincin
itu hilang di sini?"
     "Siapa pula kata cincin itu terjatuh disini.....Tak lah."
     "Habis, cincin itu jatuh di mana?"
     "Di sana, ditempat gelap itu," ujar budak itu menentukkan satu kawasan gelap 
agak jauh dari situ.
     "Laa... Tapi kenapa kamu mencarinya disini?" Mak cik itu kehairanan.
     "Yelah mak cik.... saya carilah ditempat yang terang, dibawah tiang lampu ni. klu
cari kat sana tu susah. Gelap pulak." jawabnya dengan selamba.
     Mak cik itu mengeleng-gelengkan kepala.

     Manusia kerap memilih jalan pintas
untuk senag dan berjaya. Mereka
cenderung memilih jalan senang untuk
senang, walaupun kesenangan itu tidak
akan diemui melalui cara itu. Ape yang
dipentingkan jalan mudah. Padahal cara
sunnatullah memang telah ALLAH
tetapkan - no pain, no gain.
Bukankah syurga itu dipagar dengan
segala kesusahan? Justeru, untuk
melakukan kabaikan dan kebajikan
(yakni jalan menuju ke syurga) begitu
sukar dan mencabar. Tapi tempuhilah.
Bukan senang nak senag k...


Paku Di Dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya
walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya
dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali
kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan
mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37
batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah
mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah
pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu
ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh
dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari
berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut
lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi
lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau
dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan
mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang
di dinding hati anda.



Perangkap Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja.
Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan
gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa
mereka dari pasar agaknya?”
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus.
Sang tikus naik panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah!
Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!”
Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada
kena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada
yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”
Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku.
Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah
sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata,
“Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia
akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun
mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.
Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri
pemilik rumah.
Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat
diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari
kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki
ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera
menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan
untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.
Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada
isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir
panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia
melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, 
anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda 
pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.